Bukan mudah nak kukuhkan pendirian.
Tapi, jangan juga,
Kau mudahkan anasir buruk masuk,
Tembus menusuk ke dalam hati kau.
Kekuatan boleh dicari.
Walau mengambil masa yang lama,
Namun,
Yakinkan hati,
Percaya pada pemberi rahmat,
Iaitu Pencipta kita,
yang Maha Pengasih.
Yakin dan Pastilah,
Dengan setiap sesuatu,
Yang telah ditakdirkan pada kita.
Walau ianya pahit untuk ditelan,
Percayalah ada manisnya,
Di kemudian hari,
Seperti mana,
Datangnya pelangi,
Selepas hujan.
No comments:
Post a Comment