The Storyteller

My photo
Taman Sri Ampang, Ipoh, Perak, Malaysia
Nothing Much. I am only human. Allah's servant. Muhammad SAW is my Messenger. Islam is my Religion. A woman to be. A girl with Big Dream

Saturday 8 August 2015

Melangkah Normal, Lebih Baik..

Menjadi seorang insan yang normal,
alhamdulillah. aku bersyukur.
kita tidak dapat tidak menidakkan nikmatNya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???

mencari keredhaan daripada Nya,
dimulakan dengan mencari redha manusia.
redha kedua ibu bapa khususnya.
hablumminAllah, hablumminannas.
maka, kamu akan tenang seadanya.

setiap manusia, pelbagai ragam.
kita hanya mampu perhati,
dan menilai.
namun, untuk menilai secara keseluruhannya,
kita tidak mampu,
kerana isi hati seseorang itu kita tidak tahu,
apa yang sebenarnya.

terima kasih ya Allah,
nikmat melangkah ke alam universiti,
merupakan satu langkah mengenali dunia,
mengenali manusia perlbagai ragam.
mengetahui,
sejauh mana kuatnya,
tautan hati ini kepadaMu.

kuatkan hati ini,
agar tautan kasih pada yang tersayang,
terus teguh.
dan semoga kita,
menjadi lebih matang
dan dewasa
pada masa akan datang.

kelak, pertemuan kita,
in shaa allah,
kita menjadi lebih baik,
daripada yang sebelumnya.