The Storyteller

My photo
Taman Sri Ampang, Ipoh, Perak, Malaysia
Nothing Much. I am only human. Allah's servant. Muhammad SAW is my Messenger. Islam is my Religion. A woman to be. A girl with Big Dream

Monday 8 December 2014

Perjalanan yang Panjang.

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah. 
Fasa sekolah menengah berjaya diharungi dengan damai.
Namun, setiap sesuatu yang telah dipertemukan, 
pasti akan menemui perpisahan.
Sedih.
Perkataan pertama yang terlintas di hati kala ingin melangkah keluar dewan peperiksaan.
Gembira.
Tidak dapat dinafikan, penantian selama lima tahun akhirnya tiba.

Namun, 
Keseronokan itu hanya sementara sehingga saat ini, 
kala diri ini sedang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Yang serba janggal.
Yang serba sunyi.

Rindu itu ada.
Namun kita sebagai manusia yang mempunyai tujuan hidup yang tersendiri, 
Harus teguh berdiri di atas landasan kehidupan masing-masing.
Apa yang penting, 
Ketepikan emosi, 
Ia hanya akan merosakkan diri.
Usah dilayan perasaan yang membuak, 
Kerana ia hanya membawa keburukan.

Tidak lengkap hidup ini andai tidak ditimpa ujian.
Maka, 
Harungi setiap masalah itu dengan tabah.
Tenanglah hati, 
Sabarlah jiwa.
Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Dan Allah tahu apa yang paling buruk untuk diri kita.
Belajarlah menjadi insan yang bersyukur.
Redha akan segalanya.
Perancangan Allah itulah yang terbaik.

Kita hanya merancang,
Allah juga merancang,
Namun Allah jugalah yang menetapkan.

Allah pandang usaha kita, 
Bukan natijah!

Perjalanan kita sebagai hamba-Nya, 
Di muka bumi Allah ini,
Masih panjang,
Dan,
Masih banyak ujian!