The Storyteller

My photo
Taman Sri Ampang, Ipoh, Perak, Malaysia
Nothing Much. I am only human. Allah's servant. Muhammad SAW is my Messenger. Islam is my Religion. A woman to be. A girl with Big Dream

Saturday 21 November 2015

Kehidupan yang Baru.

Alhamdulillah. Lepas LIBK dengan jayanya. :)


Sekarang, life dah tukar sikit. So, tak boleh main-main dengan study.
 and yeah kenangan manis, yang tak nak di ulang. kuang kuang!
kah! sape nak ulang LIBK lg kann? so yeahhh!

Pray for me utk terus kuat menimba segala ilmu Allah di dunia ni :)


Once Again, ALHAMDULILLAH :)
XOXO,
Syafiqah Johari

Thursday 10 September 2015

Yakin dan Pasti.

Bukan mudah nak kuatkan hati.
Bukan mudah nak kukuhkan pendirian.
Tapi, jangan juga,
Kau mudahkan anasir buruk masuk,
Tembus menusuk ke dalam hati kau.

Kekuatan boleh dicari.
Walau mengambil masa yang lama,
Namun,
Yakinkan hati,
Percaya pada pemberi rahmat,
Iaitu Pencipta kita,
yang Maha Pengasih.

Yakin dan Pastilah,
Dengan setiap sesuatu,
Yang telah ditakdirkan pada kita.

Walau ianya pahit untuk ditelan,
Percayalah ada manisnya,
Di kemudian hari,
Seperti mana,
Datangnya pelangi,
Selepas hujan.

Saturday 8 August 2015

Melangkah Normal, Lebih Baik..

Menjadi seorang insan yang normal,
alhamdulillah. aku bersyukur.
kita tidak dapat tidak menidakkan nikmatNya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???

mencari keredhaan daripada Nya,
dimulakan dengan mencari redha manusia.
redha kedua ibu bapa khususnya.
hablumminAllah, hablumminannas.
maka, kamu akan tenang seadanya.

setiap manusia, pelbagai ragam.
kita hanya mampu perhati,
dan menilai.
namun, untuk menilai secara keseluruhannya,
kita tidak mampu,
kerana isi hati seseorang itu kita tidak tahu,
apa yang sebenarnya.

terima kasih ya Allah,
nikmat melangkah ke alam universiti,
merupakan satu langkah mengenali dunia,
mengenali manusia perlbagai ragam.
mengetahui,
sejauh mana kuatnya,
tautan hati ini kepadaMu.

kuatkan hati ini,
agar tautan kasih pada yang tersayang,
terus teguh.
dan semoga kita,
menjadi lebih matang
dan dewasa
pada masa akan datang.

kelak, pertemuan kita,
in shaa allah,
kita menjadi lebih baik,
daripada yang sebelumnya.

Saturday 18 April 2015

Keberadaan Manusia di Dunia

Hai, and Assalamualaikum.
Tajuk macam epic je, tapi takde ape sgt la dengan post ni.

It is just, 
When we tried so hard,
but we didn't achieved our target..
what should we do??
Pengislahan Diri is the best solution.
Islah=baiki.
So, Pengislahan Diri is  Pembaikan diri.

So, dearest kawan,
Aku sayang kau, honestly.
Tolong jangan rosakkan diri kau,
Sebab masa lepas yang dah berhabuk,
Masa lepas dah basi,lapuk.
Tapi, masa lalu jangan dilupakan.
Sebab masa lalu berharga sebagai pengajaran dan motivasi pada diri sendiri.
Tapi, jangan pernah kau izinkan masa lalu,
MENGHANTUI kau.

Bangkitlah semula, kawan.
Niat kan ikhlas kerana Allah SWT.
Pencipta kita yang Maha Pengampun.


Yang Ikhlas Menyayangi,
Syafiqah Johari.

Wednesday 1 April 2015

Hidup; Hamba yang Hina

Everyone ada life.
Jangan lah kita sebagai manusia merosakkan hidup orang lain.

Cuba orang buat kat kau,
macam mana yang kau buat kat orang tu?
Mampu kau hadapi dengan lapang dada.

Hidup biar berprinsip.
Tapi prinsip biar yang di redhai Allah.

Kita ni hamba yang hina.
Layak kita menentukan dosa pahala orang?
Layak kita menempatkan neraka syurga seseorang?

Harap kita muhasabah diri kita.
Jangan asyik menuding jari kepada orang lain.

Sunday 1 March 2015

Penantian Satu Debaran

Assalamualaikum WBT.
takdir untuk masih bernyawa pada hari ini satu anugerah.
Alhamdulillah.

terkenang satu detik,
hari keluarnya result PMR.
MasyaAllah, sungguh tak percaya diri ini mengharungi hari itu,
dengan tabah dan senyuman mekar.
Alhamdulillah.
Syukur.

ya Allah.
pedih menunggu.
debaran yang tidak henti.
rasa nak pecah dada ni bila mengenangkan seribu satu kemungkinan.
pabila diluah, ada sahaja yang mudah mengucapkan,
"kau pandai. mesti straight A"
kalau anda hidup dengan kawan-kawan saya di sekolah saya,
mungkin berbeza persepsi anda tentang saya.

apa pun, saya tau saya harus belajar menerima.
walaupun ianya pedih.
walaupun ianya ibarat hirisan pisau.
kerana setiap yang berlaku,
hikmahnya terbentang luas,
pada masa hadapan kita.

MasyaAllah, sungguh aku takut.
namun aku harus senyum 
dan terus berdoa.

In Shaa Allah, 
Nur Syafiqah Binti Mohamed Johari 9A++ SPM 2014.
AAMIIN.