takdir untuk masih bernyawa pada hari ini satu anugerah.
Alhamdulillah.
terkenang satu detik,
hari keluarnya result PMR.
MasyaAllah, sungguh tak percaya diri ini mengharungi hari itu,
dengan tabah dan senyuman mekar.
Alhamdulillah.
Syukur.
ya Allah.
pedih menunggu.
debaran yang tidak henti.
rasa nak pecah dada ni bila mengenangkan seribu satu kemungkinan.
pabila diluah, ada sahaja yang mudah mengucapkan,
"kau pandai. mesti straight A"
kalau anda hidup dengan kawan-kawan saya di sekolah saya,
mungkin berbeza persepsi anda tentang saya.
apa pun, saya tau saya harus belajar menerima.
walaupun ianya pedih.
walaupun ianya ibarat hirisan pisau.
kerana setiap yang berlaku,
hikmahnya terbentang luas,
pada masa hadapan kita.
MasyaAllah, sungguh aku takut.
namun aku harus senyum
dan terus berdoa.
In Shaa Allah,
Nur Syafiqah Binti Mohamed Johari 9A++ SPM 2014.
AAMIIN.
AAMIIN.